Sunday, September 27, 2009

SINDROM METABOLIK


ADA yang tidak kisah, tetapi ada yang cukup risau apabila pengumpulan lemak mulai ketara di sekeliling pinggang.ADA yang tidak kisah, tetapi ada yang cukup risau apabila pengumpulan lemak mulai ketara di sekeliling pinggang.Apapun, kerisauan itu biarlah bertempat. Bukan semata-mata risaukan pinggang yang kurang langsing seperti dulu, tetapi ia seharusnya lebih membabitkan soal kesihatan diri.Apatah lagi, lemak di sekeliling pinggang yang lazimnya membuatkan seseorang itu tergolong dalam kategori tubuh berbentuk epal, adalah antara keadaan yang boleh menyumbang kepada sindrom metabolik.Meskipun sejarah perubatan mengenal pasti sindrom terbabit dengan pelbagai nama sejak 1920-an lagi, sindrom metabolik merujuk kepada sekelompok keadaan yang berlaku pada masa sama, sekali gus meningkatkan risiko beberapa penyakit termasuk penyakit jantung dan kencing manis.
Menurut Pengarah Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan (WMIC), Datuk Dr Khoo Kah Lin, selain lemak sekeliling pinggang atau kegemukan di bahagian perut berkenaan, ciri lain yang merujuk kepada sindrom metabolik adalah tahap triglyceride yang tinggi, tahap kolesterol 'baik' iaitu lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL) yang rendah serta peningkatan tekanan darah dan tahap insulin."Dari segi ukuran pinggang yang mempunyai risiko, Program Pendidikan Kolesterol Kebangsaan Amerika Syarikat merujuk kepada ukuran pinggang lebih daripada 102 sentimeter (sm) atau lebih 40 inci bagi lelaki. Untuk wanita, ukuran pinggang yang berisiko adalah lebih daripada 88 sm atau lebih 35 inci," katanya yang juga seorang ahli Lembaga Penasihat WMIC.Jika di Amerika Syarikat, sindrom terbabit menjejaskan kira-kira 25 peratus penduduknya, menurutnya, senario di negara ini tidak jauh berbeza dengan kadar kira-kira 32.5 peratus."Perubahan gaya hidup khususnya penurunan berat badan ternyata dapat membantu seseorang menjauhkan pelbagai penyakit termasuk faktor risiko berkaitan sindrom metabolik ini."Pengurangan berat badan pula tidak hanya menjurus kepada satu aspek saja misalnya seseorang itu hanya mengurangkan makanannya, tetapi tidak bersenam. "Sebaliknya, ia harus seiring iaitu pemilihan makanan menyihatkan dan meningkatkan senaman selain kaedah lain seperti pengambilan ubat-ubatan dan pembedahan untuk sesetengah keadaan yang agak serius," katanya.Beliau akui tabiat masyarakat negara ini yang gemar mengunyah makanan sememangnya mampu menyumbang kepada pertambahan berat badan terutama apabila makanan terbabit kurang berkhasiat."Ramai antara kita yang memilih makanan seperti kacang apabila terasa ingin mengunyah makanan pada waktu terluang, tetapi ia bukanlah pilihan yang baik terutama apabila ia diambil dalam kuantiti yang banyak. "Bukan bermakna kita tidak boleh makan kacang langsung, tetapi seeloknya, pengambilan makanan sedemikian harus dikurangkan."Untuk mereka yang gemar mengunyah makanan, apa salahnya sediakan makanan berkhasiat misalnya lobak merah yang dipotong nipis memanjang. Pemilihan makanan ketika hidangan tengah hari juga perlu dilakukan dengan bijak, misalnya pilihan sayur-sayuran yang lebih banyak berbanding makanan lain serta pilihan cara makanan dihidangkan seperti makanan kukus atau panggang," katanya.
Apapun, beliau menyifatkan, mengawal corak pemakanan saja tidak mencukupi untuk mendapatkan penurunan berat badan bersesuaian. Ini kerana kebiasaannya, mereka yang berjaya menurunkan berat badan hanya dengan menjaga pemakanan akan mencapai penurunan pada tahap tertentu saja."Tetapi jika golongan ini menggabungkan kaedah lain terutama senaman, mereka boleh menurunkan berat badan pada kadar yang lebih tinggi sekali gus membantu mereka mencapai berat badan bersesuaian," katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai WMIC, layari http://www.weightmanagement.org.my/.
Oleh Rahayu Mohamad Salleh ayu@nstp.com.my

KELENJAR PROSTAT

Mungkin hidap masalah pembesaran kelenjar prostat MENGIKUT jangkaan lebih kurang 45 juta lelaki di seluruh dunia akan mengidap masalah pembesaran kalenjar prostat dikenali Benign Prostatic Hyperplasi atau BPH menjelang 2020 - suatu ramalan yang mengejutkan dan agak menakutkan. Bagaimanapun, perlu diingatkan BPH adalah sejenis penyakit yang tiada kena mengena dengan kanser prostat. Ia adalah suatu keadaan yang hanya membabitkan pembesaran kelenjar prostat dan menyempitkan uretha.
Pakar Runding dan Bedah Urologi sebuah pusat perubatan swasta, Dr Chua Chong Beng, berkata kelenjar prostat adalah sebahagian sistem reproduksi lelaki. Saiznya yang sebesar kacang walnut, terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rektum. Jika prostat terlalu besar, ia akan menghimpit, memperlahankan atau menghentikan aliran kencing. BPH merangkumi tanda-tanda termasuk kesukaran membuang air kecil, saluran air kencing yang tersekat, sering berasa tergesa-gesa untuk membuang air kecil, kekerapan membuang air kecil dalam tempoh singkat dan tidak puas ketika membuang air kecil.
Lazimnya BPH akan meningkat mengikut usia pesakit.
“Lebih 25 peratus lelaki yang berusia lebih 40 tahun menghidap BPH angka ini meningkat kepada lebih 50 peratus di kalangan lelaki berusia 60 tahun dan 90 peratus bagi lelaki berusia lebih dari 85 tahun. “Oleh kerana BPH adalah penyakit yang lazim di kalangan lelaki berumur, penting bagi mereka yang terbabit mengetahui kesan negatifnya terhadap kualiti kehidupan. “Malah, BPH juga dikaitkan dengan masalah mati pucuk atau Erektil Disfungsi (ED) dan kegagalan fungsi ejakulasi (EJD). Kesukaran ini boleh menjejaskan hubungan kelamin selain kemurungan serta hilang rasa keyakinan,” jelasnya. Dr Chua berkata, BPH adalah sejenis penyakit yang progresif dan jika tanpa rawatan yang betul, pesakit boleh terdedah dengan risiko sekatan air kencing yang serius dan akhirnya menyebabkan masalah buah pinggang.
Sekurang-kurangnya satu daripada 10 lelaki dalam lingkungan usia 70 tahun ke atas, akan mengalami ini dalam tempoh pemerhatian selama lima tahun manakala risiko bagi mereka berusia 80 ke atas pula meningkat pada nisbah seorang bagi setiap tiga lelaki. Bagi menguruskan tanda-tanda BPH, kaedah penggunaan alpha blockers dilakukan untuk menenangkan komponen otot yang licin dalam kelenjar prostat dan uretha yang membantu menyalurkan air kencing dengan lebih lancar. Walaupun cara begini berkesan, penggunaannya adalah terhad pada sesetengah pesakit saja disebabkan komplikasi tekanan darah rendah dan pening. Namun kini, lelaki yang mengalami penyakit BPH mempunyai alternatif dengan penghasilan Harnal Ocas (tamsulosin hydrochloride), sejenis ubat makan dengan fungsi penyerapan terkawal dalam bentuk pil 400 mg bagi meredakan tanda-tanda BPH. Bahan aktifnya, tamsulosin hydrochloride boleh mengurangkan tanda-tanda BPH dengan lebih cepat dan berkesan. Ini disebabkan tindakan yang selektif pada reseptor prostat yang meminimumkan kesan sampingan seperti pening, sakit kepala, degupan jantung yang deras dan pengsan yang biasa dialami akibat pengambilan ubat alpha blockers yang lain. Harnal Ocas menawarkan rawatan untuk BPH yang membolehkan pelepasan tamsulosin secara berterusan sepanjang tempoh 24 jam yang boleh diberikan tanpa dos tambahan, tanpa kesan kepada tekanan darah dan boleh diambil dengan atau tanpa makanan. Harnal Ocas juga mampu mencapai tahap keberkesanan tanpa kesan sampingan kepada tekanan darah yang membolehkannya digunakan untuk pesakit-pesakit yang mengambil ubat untuk darah tinggi dan pesakit menghidap masalah jantung. Fakta: Benign Prostatic Hyperplasi (BHP) Alasan lelaki hidap BPH yang enggan dirawat:
Akur ia sebahagian proses penuaan
Menyusahkan
Takut/malu dengan ejekan dan cemuhan
Tidak selesa dengan pemeriksaan
Takut disahkan menghidap barah Antara komplikasi BPH:
Pembentukan batu karang
Pengembangan saluran atas
Hydroureter dan hydronephrosis
Pundi kencing melencong
Jangkitan saluran kencing Bagaimana BPH dirawat: Perubatan:
Alpha Blockers
5 Alpha Reductase Inhibitor
Kombinasi terapi
Terapi alternatif. Pembedahan
TURP
Laser Prostatectomy (namun majoriti dirawat dengan ubat makan).